Berapa kenalkan kita tentang seseorang apabila kita kata yang kita kenal akan seseorang itu?
Benda ini telah lama menjadi persoalan aku. Dalam masa aku mula faham tentang resmi mereka, cara mereka hari ke hari yang aku rasa aku telah perhati lama dan anggarkan hasil setiap perlakuan, pasti ada lapis dalam yang aku terlepas pandang dan menyebabkan aku dikira menghukum orang tersebut. Jadi soalan, bagaimana untuk kita tahu sama ada setiap apa yang mereka kata, laku itu, membawa maksud terus atau punya makna lapis dalam?
Adakah dengan bertanya dan mereka akan menjawab jujur dengan apa yang mereka maksudkan? Bagi aku, ianya tidak mungkin. Kita manusia ingin merasa dihargai dan dalam konteks penerimaan, kita rasa mereka yang faham kita (dengan tekaan, tanpa bertanya) adalah yang paling terima kita kerana mampu mentafsir secara magikal (LOL). Setiap kita punya sisi gelap dan rahsia hitam yang kita simpan. Dan kita akan bercerita, berkongsi dengan mereka yang kita percaya. Jika mereka mampu terima itu semua, maka kita akan simpulkan mereka merupakan orang yang faham tentang diri kita. Aku kemudian berfikir kembali, adakah ia benar? Kerana ia terlalu umum untuk meletakkan idea sebegitu rupa. Bagaimana orang yang terima kita adalah orang yang sering mengkritik kita? Situasi A dan B.
A — Ahmad menceritakan tentang sisi gelap dirinya kepada Shila dan Shila menjawab "ah, ia tidak mengapa, saya tidak kisah itu semua.". Begitu juga apabila Ahmad cerita tentang perkara yang dia tidak suka adalah harapan dan jangkaan masyarakat terhadap dirinya dan Shila lantas menjawab, "Ahmad jangan pedulikan mereka. Saya ada sentiasa di belakang awak.".
B — Shida bercerita tentang keburukan dirinya yang sudah berkait rapat dengan sifatnya dan agak sukar untuk dirinya berubah kepada Ahmed, dan Ahmed menjawab "Kamu kena cuba ubah itu semua Shida, cuba untuk berubah sedikit demi sedikit dan tinggalkan perkara buruk itu.".
Awam telah didedahkan dengan jawapan situasi A dan B itu terlalu tipikal. Dalam situasi A, Shila menerima Ahmad seadanya dan ia sangat menunjukkan Shila kasihkan Ahmad. Dan di dalam situasi B, awam akan berkata, menyimpulkan bahawa Ahmed hanya malas untuk melayan karenah dan tidak dapat menerima sifat buruk Shila. Ahmed tidak jujur dalam mengambil berat tentang Shida.
Di sini dari dua situasi A dan B ini, banyak spekulasi yang datang dari perspektif aku untuk aku tebarkan di sini. Dalam situasi A, ianya terus terang. Ahmad mempunyai kisah buruk dan Shila terus memberi kata untuk menenangkan Ahmad. Soalan; adakah Shila benar-benar ikhlas? Atau adakah Shila sekadar berkata begitu kerana dia tidak ambil port pasal kedalaman masalah Ahmad dan hanya mampu menggunakan kata oh tidak mengapa, atau oh sabar ya, untuk menenangkan Ahmad? Maka jika begitu, Shila tidak kisah yang benar-benar tidak kisah.
Situasi B pula lebih kejam seperti kata mereka. Ia seolah Ahmed menyuruh Shida berubah dan tidak menjadi diri Shida. Tetapi adakah Ahmed berbuat begitu kerana dia tidak ada ayat penenang seperti Shila untuk diberikan kepada Shida? Orang yang sayangkan kita adalah orang yang akan menerima kita atas apa jua keadaan kita sekalipun? Ia tidak berasas. Barangkali Ahmed menyuruh Shida berubah kerana Ahmed nampak potensi Shida untuk berubah. Ahmed lebih ambil beratkan tentang Shida kerana jika Shida tidak berubah, sifatnya itu suatu hari nanti akan memakan diri Shida kembali pada masa depannya. Itu rasionalnya Ahmed minta Shida untuk berubah sedikit demi sedikit.
Ia sangat subjektif dan semua bergantung kepada diri kita untuk mentafsir apa yang datang dari pandangan kita. Jika kita mahukan ia menjadi buruk maka spekulasi kita mampu mencipta 1000 ayat untuk disusun menjadi hujah, dan jika kita mahu menyebelahi ia, maka kita akan punya 1000 atau lebih ayat untuk disusun menjadi tembok penghalang.