Samuel ke Starbuck dan memesan caramel latte panasnya seperti biasa. Dalam gerak perlahannya ke kaunter sebelum itu, dia memerhatikan kawasan dalam Starbuck. Di dalam tenang dengan cahaya oren melimpah ke setiap pelanggan di sana. Dan dari setiap pelanggan tersebut sedang asyik membuat kerja masing-masing. Kerja yang bererti kerja. Dengan komputer riba, buku teks dan nota masing-masing. Semua sedang sibuk.
Ketika memesan caramel latte panasnya, si juruwang bertanya saiz apa yang Samuel inginkan dan Samuel sebut hm, grande please. Samuel melihat kopinya sedang dibancuh dari sudut meja persediaan di hujung kaunter. Dia bertanya sekiranya si pembuat kopi digelar barista maka apa gelaran sebenar si juruwang itu tadi dalam istilah pemasaran kopi sedunia ini? Dia mengambil masa 10 minit untuk fikir sehingga si juruwang tersebut membantu membancuh kopi pelanggan lain dan oh jadi dia merupakan barista juga. Maka Samuel menyimpulkan sesiapa yang terlibat di belakang kaunter kopi tersebut adalah barista.
Samuel memilih untuk duduk di sudut tepi, belakang. Samuel sedar dirinya seorang yang tertutup dan introvert tetapi masih mengambil berat tentang hal ehwal orang lain. Dia duduk di sudut yang paling effektif untuk menangkap segala bual dan aksi pelanggan yang lain. Samuel bukan si penjaga tepi kain tetapi si penyendiri. Dia cuba mendapatkan pengalaman hidupnya dengan mendengar pengalaman orang lain; di sini kita rujuk kepada si pelanggan kopi yang dia mampu dengar apa yang dibualkan dan mampu lihat apa yang diaksikan. Seperti apa yang dinyatakan, Samuel tidak rasa dia jaga tepi kain orang — dia ambil berat.
Telinga Samuel menangkap sesuatu perbualan yang janggal. Ia manis dan penuh rendah diri. Walaupun tidak jelas kerana bunyi sekitar yang menentang gelombang bunyi perbualan itu tadi, Samuel terus fokus dan melihat perlahan siapa yang berbual tersebut. Samuel tidak nampak sesiapa berbual. Sesiapa yang merujuk kepada manusia. Dan bayangkan, dia nampak cawan dan bekas habu rokok di atas meja yang berbual.
"H#(^had kjasdn$&% jasd$$@jasd @)8$634." kata cawan.
"Porque?" kata bekas habu rokok.
Ini tidak masuk akal. Samuel tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja dengar dan lihat. Dia mula menjerit seperti orang yang kena rasuk. Semua memandangnya dan berdiri, perlahan mendekatinya. Samuel fikir dia hanya berilusi tetapi lebih memeranjatkan apabila semua manusia(pelanggan) yang berada di sana mempunyai mulut yang berjahit. Ada jahitan yang kemas dan ada jahitan yang bersepah, ditambah dengan darah kesan jahit mulut tersebut. Samuel panik dan terjun ke dalam caramel lattenya.
Dalam dimensi baru, Samuel terasa amat janggal. Dia tidak berenang di dalam seperti apa yang mindanya patut percaya kerana dia berada di dalam minumannya sendiri. Samuel dalam bingung maksimum, mindfucked. Dia berjalan perlahan mengelilingi bulatan dalam cawan tersebut dan sepuluh pusing sehingga dia ketemu Aisyah, wanita cantik berumur lingkungan 20an. Berbaju kurung manis, berupa comel, rendah comel dan berambut ikal.
Samuel merasakan dia telah selamat, atau tidak selamat. Dia tidak kisah. Lompatan berani dia ke dalam caramel lattenya telah menemukannya dengan seorang gadis yang ya tuhan, sangat memikatnya! Samuel sedar dia tidak boleh berpura jual mahal kerana ia terlalu ketara apabila hanya ada mereka berdua di dalam tersebut dan muka Samuel yang pucat ketakutan, dan merah di pipi akibat blushing. Senyum. Samuel memulakan simbol perkenalan molek kepada Aisyah dan Aisyah senyum dengan gaya kerek dan berkata, wei kau ada rokok? Nak sebatang please.