Bagaimana kalau anda terperangkap dalam sebuah bekas. Bekas itu lutsinar dan anda mampu melihat segalanya di luar sana. Segala perinci peristiwa, segala benda indah diluar sana, semuanya tidak akan terlepas dari pandangan anda melainkan sesaat waktu anda kelip mata. Anda tahu terdapat beberapa jalan keluar dari bekas tersebut. Tetapi segalanya sudah ada di dalam bekas; makanan, keselamatan, dan lain-lain. Jadi anda lantas mempersoalkan tentang mereka di luar sana. Adakah segala indah sana sama indah seperti dalam bekas? Di bekas ini juga anda telah melukis memori yang cantik dan setiap cacat memori anda rasa ianya tetap cantik kerana ia terjadi secara natural dan atas usaha anda. Anda tidak rasa ianya patut dibiarkan demi mengejar indah luar sana. Atau segala dalam bekas hanya illusi? Mungkin bekas itu ruang selesa anda? Mungkin anda ingin keluar dan tidak ingin keluar.
"Kau sudah bebas Ilham, sepatutnya kau gembira!"
"Aku dalam bebas untuk tidak bebas, Mike. Dan aku tak tahu, atau tak ingin tahu kenapa."
Idea;
— Im Outta Time - Oasis
— Can't Move On - Automatic Loveletter