Hishamuddin Rais, salah seorang idealis seni yang membawa fikiran kritikal. Dia merupakan salah seorang yang aku minat dan hormat. Katanya berisi dan bermakna.
Dalam satu pertikaian tentang seni, mereka mengatakan seni itu adalah bebas dan tidak tertutup kepada mana-mana isu atau anasir luar yang secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada bentuk seni tersebut. Seperti kata klien yang inginkan rumahnya dibina begini rupa dan bagi si perekanya pula merasakan ia tidak masuk akal untuk membina rumah tersebut sebegitu rupa. Jadi debat dalam seni tidak akan berhenti oleh sebab seni itu sangat universal dan subjektif. Seperti kata seorang idealis mengatakan seni itu adalah untuk revolusi, secara tidak langsung menjadikan seni itu tertutup dan hanya merayakan kesedaran sosial terhadap sesuatu seni itu. Seperti mencipta lagu "Bantu rakyat dengan rasuah makan sendiri" atau pun "Reformasi mereka membawa mati", ianya mengandungi isi kesedaran tetapi walau bagaimana kita mahu ianya diraikan oleh segala pelusuk makhluk di bumi ini, ia sangat tidak masuk akal. Kerana kita punya putih dan hitam, dua benda yang jauh beza dan jika salah satu terpalit sesama sendiri, masing-masing akan terima kesannya. Jadi aku simpulkan di sini, mungkin tidak ada putih dan hitam secara hakiki. Mungkin apa yang kita ada hanyalah gabungan kedua tersebut, kelabu. Yang membezakan sama ada seni itu sama atau tidak dengan yang lain hanyalah sama ada kelabu gelap atau kelabu cair.
Kelabu cair — gabungan putih dan hitam. putih lebih dominant.
Kelabu gelap — gabungan putih dan hitam. hitam lebih dominant.
Kita dalam masyarakat telah dididik dengan berbagai doktrin dan fahaman masing-masing. Lihat sahaja pengaruh dan sejarah hidup, serta latar belakang mereka sendiri yang akan menjadikan ia kelabu cerah atau kelabu gelap. Jadi untuk menjadikan sesuatu seni itu sebagai revolusi, membawa perubahan dari segi menyuntik kesedaran umum di setiap hasil seni tersebut, ia bagus. Tetapi untuk menyangkal dan menundukkan mereka yang mencipta lagu "Oh Faridah", "Jesnita", dll tersebut, ia tidak patut. Seni itu besar dan luas. Seni tak perlu terikat dengan rasional sahaja, ia turut di imbang dengan emosi.
Di sekolah senibina aku sendiri, kami dihadam dengan idea "senibina merupakan ibu kepada semua seni" yang mana keseluruhan rakan aku (seperti yang aku tahu) , merayakannya dengan penuh semangat. Itu kata pensyarah bagi menaikkan semangat kami semua tetapi aku tidak terkesan dengan kata itu. Senibina merupakan satu senibina yang rasional dan praktikal, strukturnya sahaja penuh undang-undang dan tertib. Dan bagi aku, pure art atau seni tulen ini sangat bebas, bukan sahaja berfungsi tetapi turut membawa emosi dan ekspresi jiwa dalam setiap bentuk mereka. Arkitek yang aku secara peribadi minat adalah Antoni Gaudi yang merayakan Art Nouveau dalam jenis senibinanya. Tidak terlalu rasional dan kaku, setiap bangunannya punya emosi.
Tetapi jika terlalu emosi di dalam seni, ia akan jadi seni kosong dan bercacat-cela. Ruang negatif (Negative space, Dead space) di dalam senibina sangat dikritik teruk. Ia perihal idea post-moden yang meletakkan bentuk menjadi komponen penting dalam senibina, estetik semata. Itu juga tidak masuk akal.
Jadi aku ini yang mana? Kelabu cair atau kelabu gelap?