Rafidah gemar pergi ke kedai buku dan mencari cermin dirinya. Sebagai seorang budak sekolah menengah yang sering bersendiri, dia tidak punya apa-apa cermin untuk melihat dirinya, bukan balak atau pakwe atau sayang, tetapi sesiapa yang mampu melihat personaliti dan sikapnya.
"Untuk menjadi real, aku perlukan bantuan sesiapa sahaja yang mampu menceritakan aku tentang kisah Rafidah, kisah diri aku sendiri."
Rafidah dibesarkan dalam keadaan yang agak mewah tetapi tidak spoiled. Dia tidak punya ibu bapa dan setelah menjadi anak yatim piatu, dia hanya ada makcik yang membesarkannya. Makciknya merupakan seorang ahli korporat yang tidak punya masa di rumah. Pernah Rafidah tanya makcik adakah dia merupakan anak buah yang baik? Dan makcik hanya senyum dan berkata makcik kena pergi sekarang, see you later sayang.
Rafidah bermain dengan PS3 dan makan dan minum di istana makciknya dengan penuh kesepian. Tetapi Rafidah tidak pernah berasa sendirian kerana Rafidah ada Rafidah, kawan imaginarinya. Rafidah kalau ada soalan matematik, dia akan bertanya kepada Rafidah dan Rafidah akan cuba membantu Rafidah. Yang peliknya, Rafidah sentiasa mampu menyelesaikan soalan matematik Rafidah. Rafidah seorang genius dan lebih riang berbanding Rafidah yang lebih pendiam dan suka bersendiri.
Sehingga suatu hari Rafidah berasa sangat ingin tahu akan dirinya sendiri maka dia mendapat idea untuk apa kata tanya saja kepada Rafidah, sebab Rafidah itu sendiri adalah dirinya maka mungkin dia boleh mendapat jawapan yang telah lama dia nantikan.
"Apa kata awak membaca?"
Rafidah agak bingung dengan jawapan Rafidah kerana apa je yang boleh dapat dengan membaca selain untuk tambah pengetahuan? Rafidah tidak puas hati dengan jawapan Rafidah maka Rafidah mula bertanya apa je yang boleh dapat dengan membaca selain untuk tambah pengetahuan?
Jawapan Rafidah jelas,
"See, mereka kata kita semua membaca kerana ingin lari dari realiti, mencari eskapisme sendiri. Macam makcik kita yang membaca Sehangat Asmara. Aku rasa makcik sedang impikan dia merupaka Ersalina yang setia kepada Zain demi cinta agungnya. Ia fiksyen yang bantu menjadi portal ke tempat fantasi. Tetapi bukan itu sahaja, sebenarnya kita membaca kerana kita ingin diri kita."
Rafidah tidak faham. Maksudnya?
"Pembaca selalunya akan ada penulis, atau genre cerita yang dia akan tersangkut, atau lebih selesa untuk berdamping. Macam ada yang lebih kepada Murakami, yang twisted-twisted. Ada yang lebih terus dan straight forward ke arah Mitch Albom, walaupun penulis tu dah lama. Ada yang kasual, ada yang formal. Maka dalam kita membeli dan memilih buku kita, kita sebenarnya mengambil diri kita sendiri. Macam awak ke MPH dan beli buku, ia bermakna awak membeli Rafidah lagi satu."
Rafidah tertarik dan tidak tertarik dengan kata Rafidah. 50, 50. Macam mana kalau buku tersebut akan mengubah Rafidah ini menjadi Rafidah lain? Buku selalunya akan tambah cerita yang kita tak akan tahu, tambah benda yang tidak masuk akal dan mungkin akan mempermainkan emosi Rafidah. Rafidah tidak mahu tercabar dengan itu.
"Mungkin Rafidah tak berubah. Mungkin Rafidah hanya jumpa lapis Rafidah yang dia sendiri tidak pernah kupas lagi. Ianya surprise!"
Rafidah akur kerana dia bercakap dengan Rafidah yang dirinya juga. Apa kata cuba satu dua buku. Ia bukan satu ancaman. Lantas Rafidah bergegas ke MPH dan mencari cermin dirinya. Sebagai seorang budak sekolah menengah yang sering bersendiri, dia tidak punya apa-apa cermin untuk melihat dirinya, bukan balak atau pakwe atau sayang, tetapi sesiapa yang mampu melihat personaliti dan sikapnya.