Rafidah ditemui oleh Rafidah di dalam almari dan sedang memeluk kaki payung kecil sambil menggigil. Lalu Rafidah merenung ke dalam kocek baju kemeja kotak-kotaknya. Ia persis kemeja kotak-kotak awalan rekaan Lumberjack. Dan di dalam kocek dia terlihat suatu almari kecil yang mempunyai tiga sudut dan kesemua sudut tersebut tidak tajam dan merbahaya. Lalu Rafidah bertanya kepada Rafidah adakah Rafidah cukup bersedia untuk tahu apa yang berada di dalam kocek Rafidah tersebut walaupun Rafidah sudah dapat jangka apa yang bakal ada di dalam almari tersebut. Ternyata sangkaan Rafidah tepat apabila ada sekaki payung kecil di dalam almari tersebut yang mana Rafidah berbaju kemeja kotak-kotak persis awalan rekaan Lumberjack sedang memeluk kaki payung kecil tersebut sambil menggigil. Maka Rafidah rasa ini sangat membingungkan dan dia rasa tercabar dengan permainan maya nyata ini, atau realiti yang lencong. Dia mengupil dan mencabut Rafidah yang sedang memeluk kaki payung itu dan dia campak ke lantai dan dia pijak-pijak dengan penuh kejam dan tidak simpati kerana bersimpati dan kasihan akan Rafidah. Dan kisah ini tamat apabila kesemua Rafidah di campak ke lantai dan dipijak-pijak dengan penuh kejam dan tidak simpati. Tetapi ianya penuh simpati dan kasihan.
— Doodlebug oleh Christopher Nolan
— Doodlebug oleh Christopher Nolan