"Semalam bukan mudah."
Itu ungkapan kecil Rizal bila memandang senarai perancangan/penentuan dirinya pada masa hadapan. Dan melihat kembali silamnya yang memang ternyata benar berlaku pada dirinya. Ianya diturunkan oleh seorang lelaki bersuit penuh dan sederhana tampan. Mungkin itu dewa. Mungkin itu malaikat. Rizal hanya mampu diam dan amati setiap jejaknya di dalam pelan tersebut.
Ianya satu kertas nota bersaiz b3 yang memanjang secara vertikal. Dan di setiap baris-baris kertas tersebut, tertulis lengkap tarikh, hari, masa dan perlakuan. Perlakuan dirinya pada waktu tersebut, secara terperinci. Mulanya ini apa yang diinginkan oleh Rizal, untuk tahu akan segala yang bakal menimpa dirinya. Semuanya sangat rawak dan ada yang tidak masuk akal.
Seperti dia dan H berpacaran selama setahun, atau dua bulan secara tepat. Selepas dua bulan tersebut semuanya menjadi kompleks dan menyakitkan.
Seperti dia bekerja dengan syarikat besar yang ternama.
Seperti dia terlibat dalam rasuah, secara bersubahat.
Seperti dia yang mati dalam keadaan yang mengerikan.
"Ini apa yang kau mahukan bukan? Untuk segalanya jelas. Tentang peribadi kau dan semua sekitarnya. Aku memberikan peluang bagi kau melihat dan rencana segala tingkah laku kau. Kerana takdir itu tidak wujud bagi mereka yang tidak berusaha. Usaha kau akan memastikan sama ada segala dalam pelan ini bertindak tepat dan lancar."
Rizal bingung. Dia sudah mampu tahu segala masa depan dirinya. Dan di balik itu, dia tidak boleh menerima dengan apa yang terkandung di dalam senarai tersebut. Dia mahu ubah ia. Tetapi jika dia ubah, apakah pula hasilnya?
Melihat masa depan bukan sesuatu yang mudah.
"Semalam bukan mudah. Esok juga bukan mudah."