Salah satu masalah bila berdepan dengan apa-apa yang melibatkan proses kreatif ini, ianya susah untuk ditentukan bagaimana, di mana, dan apa untuk mula. Sebab itu kebanyakan proses kreatif, si pereka yang remeh, dia akan potong proses dan terus ke lapis atas kerja yang menjadi salah satu kriteria penilaian hasil kerja tersebut. Buat kasi nampak cantik dan kemas dan siap. Asal-usul bagaimana dan di mana dia mula kerja tersebut, dari benih idea atau apa-apa pencetus reka, semuanya dia lompat. Ia bijak tetapi tidak berdisiplin.
Berdisiplin? Ia ayat kotor dan hanyir. Sid Vicious mana kenal disiplin maka kenapa aku nak tahu disiplin bagai?
Namun kerana aku belajar dan sememangnya kini masih peringkat awalan reka, maka aku terpaksa beratur mengikut tertib idea aku. Kalau aku datang esok dan tunjuk bentuk bangunan sedangkan apa yang dia nak cuma client projek kita maka apa yang aku lakukan itu bodoh.
Oh dan ya, aku bukan Sid Vicious.