Dajjal dalam mimpi basah(?)

Diari Ahmad Fasilon merupakan cerpen terburuk dan terpantas aku sebab ia hanya mengambil masa 6 jam (anggaran) untuk disiapkan. Tetapi seperti kata orang, jika hendak melakukan seuatu lakukannya dengan sebaik mungkin atau seteruk mungkin, kerana kerja di tengah-tengah ini selalunya orang tidak akan pandang. Dan akhirnya ia dimuatkan ke dalam buku Antologi Dajjal terbitan SeLUT Press. Syukur kerana dapat habuan daripada hasil tulisan remeh aku ini.

Senarai penuh penulis di dalam Antologi Dajjal:

1 . TASIK GALILEE Mohd Azmen
2 . FILEM Salleh Razak
3 . GADIS DAN GIGI Walid Ali
4 . SERIGALA, REVOLVER DAN GADIS BERAMBUT OREN Azrin Fauzi
5 . f 5.6 Nik Adam Ahmad
6 . PENGEMBARAAN JAL DI TANAH MELAYU Rayza MukMin
7 . DIARI AHMAD FASILON Syahmi Fadzil
8 . Migraine Raisya Nordin
9 . 40 Hari Membunuh Dajjal Fairul Nizam Ablah
10. ADAM Shafiz Mahmod



Sedikit sedutan dalam Diari Ahmad Fasilon —

"Ketika dia menyuruh kami diam, aku seolah terhibur dengan selorohnya. Yalah, kami sudah terang-terang tidak boleh mengeluarkan suara di sana dan dia meyuruh kami diam? Apa bangang makhluk tersebut. Mungkin ini adalah bug dalam mimpi, sepatutnya tidak terjadi sebegitu. Sudah nyata kami diam dan disuruh diam lol."