Aras Produktif: 0.1%


Aku tahu dan tak tahu kenapa tapi hari ni aku rasa nak stuck kat rumah, lepak dalam bilik-bunker aku dan tidur dan tidur dan tidur. Mungkin aku penat. Mungkin aku bingung. Mungkin tidur tu seronok. Sebab bila tidur dan mimpi ianya satu eskapisme yang palsu tetapi kepuasaan emosi yang berlaku (jika mimpi indah) adalah berbaloi dalam jangka masa sedikit dan tidak realnya itu. Sedangkan waktu kita tidur dan bermimpi, dua benda ini akan bermain sesama sendiri. Aku pernah tidur sekejap di bawah meja studio, dalam tempoh masa 1 ke 2 jam sahaja. Dan bila aku bangun, aku merasakan seolah aku baru bangkit dari kematian, atau telah hidup kembali di kelahiran yang baru seolah pheonix bangkit dari abu hehe.

Jadi aku rasa hari ini kita ambil rehat, untuk jadi tidak produktif dan pura-pura mati di bunker selamat aku ini.

Namun walau bagaimanapun, aku selesai siapkan cerpen dan telah dihantar ke pemilihan Antologi KaifaHaluka oleh DuBook Press. Semoga semuanya lancar dan aku terpilih dan dapat saguhati dan ringankan beban material aku ini. Sekian dan selamat malam.

p/s: 0.1% adalah untuk bernafas aku yang tidak boleh henti melainkan ada daya yang cuba untuk hentikan ia.