"Ianya mengambil seribu lelaki untuk mencipta sebuah telegraf, atau sebuah enjin stim, atau sebuah fonograf, atau sebuah fotograf, atau sebuah telefon atau apa-apa benda lain yang penting - dan lelaki terakhir akan mendapat kredit dan kita akan lupakan mereka yang lain. Dia telah letakkan sedikit sentuhannya - itu sahaja yang dia lakukan. kesemua pengajaran objek sepatutnya mengajar kita bahawa 99 bahagian daripada semua benda yang datangnya dari intelek adalah plagiarisma, asli dan mudah; dan patut pengajarannya untuk menjadikan kita sederhana. Tetapi tidak ada sesuatu yang boleh lakukan itu." — Mark Twain
Sedikit terjemahan kata/ucap hikmah. Kerana aku asyik memikirkan tentang pencipta asal sesuatu seni atau karya atau tulisan atau lagu atau senibina atau lain-lain. Dari mana datang sumber asal dalam setiap konsep atau idea. Ridhwan Saidi dalam Stereo Genmai meletakkan idea bahawa kita semua (paling kurang) yang melakukan apa-apa bentuk kreatif punya rekaan yang sama jika dilihat dari skop jauh dan meluas. Ini bukan suatu kebetulan, ia adalah pemergian kita yang tidak sampai ke dasar idea yang asli dan kebanyakan kita hanya mengambil permukaan idea tersebut. Macam aku di Malaysia mencipta rekaan apartment yang mempunyai pelan bawah tanah berbentuk gabungan bulat dan tiga segi dan ada pelajar senibina lain yang berada di United Kingdom turut mencipta rekaan yang agak sama dengan aku sambil merayakan keaslian ideanya itu yang tidak berapa asli. Katanya berpunca dari kontinuum ideaskap dan mimpiskap bila kita diluar ruang dalam sedar kita masing-masing. Mungkin kita semua telah berjumpa dan berkongsi idea atau apa-apa bentuk perkongsian ilmiah dari permukaan idea itu tadi dan kita praktis ia di ruang realiti kita masing-masing. Macam aku dan mamat UK itu tadi, selam ke kontinuum terebut dan hanya melihat permukaan idea dan memprkatiskan ianya segera. Sebuah kerja yang hebat perlu diselam lebih dalam ke dasar dan melihat sendiri idea asal, mentah tersebut dan berakhir dengan analisa sendiri yang dasyat.
"Ini berlaku kerana keenam-enam mereka yang telah pergi ke perigi idea itu - menggunakan antenna deria keenam - tidak menyelam dalam. Mereka hanya ambil apa yang ada di permukaan, maka hasilnya adalah idea yang serupa. Dan perlu diingatkan di sini bahwa keenam-enam mereka telah menghasilkan rekaan yang serupa daripada idea yang sama. Dan idea itu tidak eksklusif kepada mereka berenam tadi. Idea itu juga diterima oleh jutaan manusia lain. Ada yang guna dan ada yang tidak guna. Ada yang berakhir dengan sebuah catatan di atas buku conteng, dan ada yang berakhir dengan beberapa garisan lakaran, dan ada juga yang berakhir sebagai lukisan kanak-kanak taska." — Ridhwan Saidi, Stereo Genmai
Mungkin kita semua berkongsi idea dan masing-masing berbeza dengan tafsiran idea masing-masing. Bagi lima orang satu gambar bangunan yang sama dan biarkan mereka hasilkan satu rekaan baru bermahzabkan bangunan sumber itu tadi. Aku tak rasa semua sama kerana masing-masing cuba lari dari keadaan umum dan takut antara mereka sendiri punya idea yang sama dan tidak eksklusif. Maka mereka cuba menjadi kreatif dan kritikal sebaik mungkin untuk mencipta sesuatu yang unik.
Mungkin aku terpaksa setuju dengan pensyarah design aku bahawa analisis itu penting dalam setiap kerja kreatif supaya menjadi dasar dan hala tuju rekaan aku dan lain. Tanpa analisis kukuh dan remeh, sudah tentu sepuluh orang pelajar akan berkongsi jawapan yang mirip. Macam semester lepas bila berkata tentang soal isu di tapak projek kami dan semuanya akan membentangkan The Lack of Social Interaction.